Assalammualaikum...apa khabar kepada semua..selamat bercuti akhir tahun iaitu cuti yang paling panjang bagi budak skola.Cuti cuti jugak tapi gunakanlah masa dengan sebaiknya.Ibu bapa pun time cuti inilah yg sesuai bagi mereka membawa keluarga mereka melancong disamping dapat mengeratkan silaturrahim.
Saya juga ada nasihat untuk anda semua waktu cuti nih.Haaa...cuti2 ni eloklah kita study untuk pembelajaran kita pada thn hadapan supaya kita lebih bersedia.Rajin rajinla bukak buku yer..Bagi pelajar-pelajar/murid-murid yang telah diberikan tugasan/homework cuti sekolah nih jangan lupa buat.Jangan memberikan tanggapan negatif seperti menganggap cikgu tidak sepatutnya memberikan kerja rumah memandangkan iainya cuti sekolah.Salah tanggapan itu.Kita sepatutnya menganggapnya sebagai perkara positif memandangkan ianya dapat mengisi masa lapang kita.Kita kena ada mindset baru kita boleh anggap perkara itu bagus untuk diri kita.Mindset itu amat penting dalam apa2 perkara pun yang kita buat.Akhir sekali , jagalah diri anda sewaktu cuti sekolah ini serta jangan lupakan untuk menunaikan solat kerana solat itu adalah tiang agama yang merupakan juga kewajipan kita sebagai umat islam.Sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment